Tuesday, 26 February 2013

MINAT itu penting

Heiyoo..sekarang ni makin ramai pelajar yang bertambah pandai kan, bukan setakat 10 A,berbelas A pun dah ada.ish3 ni tahap genius dah ni.namun begitu masih terdapat juga orang2 yang kurang berjaya atau common term nye "tak pandai" terselit diantara.sedih juga yek rasanya tapi bertambah sedih lagi bila golongan ini merasa rendah diri bila berada dikalangan rakan mereka yang berjaya.alasannya sebab kursus yang mereka dapat di menara gading biasa2 je compare dengan kawan2 yang dapat medical,engineer,pharmacy seumpamanya.menyesal lah kiranya tu tak belajar elok2 dulu.hehehe

tapi! bagi sesiapa yang terasa berada di kedudukan "tak pandai" tadi tu,janganlah rasa rendah diri sebab "tak pandai" bukanlah faktor penghalang daripada kamu menjadi seorang yang "berjaya".kenapa?? kerana kamu "tak pandai" mungkin dalam akedemik tapi hebat dalam benda2 lain kan. sekarang cuba kamu renungkan ini, kebanyakan insan yang berjaya dalam dunia ini berjaya bukan kerana "kepandaian" mereka semata tetapi kerana usaha dan minat mereka. contohnya: ada banyak contoh tapi saya ambil Bill Gates.

betul tu.Bill Gates pemilik Microsoft tak lah sepandai yang kita sangka.dia pun selalu gagal dalam pelajaran.so Bill Gates kira "tak pandai" lah kan? tapi sekarang kenapa kita memuji dia "pandai"?sebab dia cipta Microsoft ke?. renungkanlah, "tak pandai", "pandai" hanyalah istilah dalam hebat akedemik atau tak. Tapi "tak pandai" bukanlah istilah yang menghalang korang untuk berjaya dalam hidup.Tetapi MINAT adalah istilah yang tepat untuk membantu korang berjaya dalam hidup! Bill Gates berjaya mencipta microsoft kerana dia MINAT software sangat2.so kesimpulanya, "pandai" atau "tak pandai",kursus "senang" atau "susah" tak jadi hal, tapi adakah korang MINAT atau TIDAK dengan kursus tu? itu penting!!sebab, dengan MINAT, korang dapat mencapai sesuatu yang lebih daripada orang yang cuma mau belajar untuk lulus saja. kalau dah MINAT mustilah korang nak tahu lebih dari apa yang pensyarah ajar kan? korang cari maklumat lebih,maka korang dah melebihi mereka yang hanya mahu belajar dan lulus. jadi golongan ini jangan rasa rendah diri lagi yek tapi minat lah sekarang v(n_n)

                                    *MINATlah ilmu dan bukan grade semata*





No comments:

Post a Comment