Wednesday, 17 April 2013

HOPE FOR IMPOSSIBLE



HOPE? What you define HOPE is?

As for me, I define HOPE as powerful statement and belief which all bad things in life eventually turn out to be better sooner or later with His will.

As mere mortals, we can't never control everything in our life, sadly but true, too often bad stuff happens to people no matter how good they are and yes! my family and I are not excluded as well.

You see, HOPE indeed a beautiful package that contained better things inside it because when we are hoping, we are putting our faith that God will help you. 

Listen, Listen, Listen. As Nick Vujicic said " whether your life is good and you want to make it better, or whether it's so bad you just want to stay in bed, the fact is that what happens from this very moment on is up to you and your MAKER". 

Therefore, if your life is seem crumbling down now, bad breaks pile up and you just can't see way out or you just simply feeling down and wanted to stop doing things you're doing now. I encourage you, NEVER GIVE UP. Instead, start hoping God will provide you with the way and never stop trying, because what lies ahead may be far better than anything you ever thought possible. But you must get over it, get up and  show up!

HOPE appears even in the worst of times to give us proof of God's presence. Keep looking forward, dare to wish for a better life and pursue your dreams with all your power.

I write this not to show I'm pious but only for one true purpose, to encourage those depressed and stressful souls, rejuvenate them back in HOPE that good things will come in their way, no matter what their religions are.

inspiration from book: Nick Vujicic~LIMITLESS, devotions for a ridiculously good life. 

Friday, 12 April 2013

S A H A B A T

  
*different color makes a beautiful painting*



kehidupan berpindah randah sejak kecil mengajar aku pengalaman hidup yang penuh berharga. pelbagai jenis manusia ditemui, pelbagai ragam sahabat terpaksa dihadapi.

seperti pepatah lama 'rambut sama hitam, tapi hati lain2'.well, sahabat juga datang dalam pakej yang sama. 

terus bertahan di sekolah berbeza setiap kali bukannya senang, ia memerlukan pemerhatian dan pemilihan sahabat. dan ya! itu yang aku buat *dulu*.

benar, sahabat ada bermacam jenis dan ini adalah antaranya aku perhati:
                                                            jenis bajet hot
memang ada rupa, tapi sayang terlebih rasa. control ayu, control macho setiap masa, sebab perasan semua pandangkan dia saja. jenis ni memang aku tak berkenan, kerana penat nak melayan. haih....

                                                           jenis drama queen
drama dan sandiwara tak pernah lekang. pantang tercuit, haih cepatnya 'melatah', biaselah mencari 'perhatian' begitulah jadinya. drama pilihan utama 'pakwe ku dirampas orang' dan 'sakit hatiku dikutuk orang'. ketawa ajelah aku mampu, geli hati melihat telatah mereka v(n_n).
                       
                                                          jenis troublemaker
berdasarkan nama sudah pasti difahami, bukan hutang keliling pinggang tapi masalah ler. ponteng sekolah, merokok, bergaduh, namakan saja. entah apa yang dipikirkan mereka. amaran bagai tak ada makna, suka hati apa yang mahu dibuat. asalkan berkenan, tiada yang mustahil. bak kata 'dimana ada kemahuan, disitu ada highway'. jenis ni paling aku takut dekati, berhati2 lah katakan.

                                                         jenis ego dan tahu semuanya
ego tinggi bak gunung, terasa diri semuanya tahu. dikata itu salah, dikata ini salah, dia juga yang betul semua. hah, jenis macam ni, letih sungguh memikul ego mereka tu. agak2 mereka tak penat ke. memang sangat dijauhi, namun aku kadang2 pun begitu juga *shuh! rahsia*

                                                         jenis nerdy
buku3, belajar3, periksa3. hidup berkisar pasal itu je. cakaplah boringnya hidup, tak meriah hidup, tapi memang betul pun. bukan tak kesah pasal benda lain tapi cuma mengutamakan apa dikatakan utama. kejayaan mahu milik kita, pergorbanan terpaksa dilakukan----> cara hidup. ya, betul tu, nilah aku dahulu kala. bukan nak kata aku bagus tapi aku boring juga jadi jenis ni.

                                                          jenis kerohaniah
tak men'specific'kan agama mana2 malahan semua agama. sangat bagus dan senang hati melihatnya. terasa rendah diri bila dekat mereka, amboii! indah nya perlakuan mereka. jenis ni aku tak ada masalah dari dulu, malahan suka lagi mendampingi. ala nak jadi orang baik jugalah v(n_n)

mungkin ada lagi jenis yang aku tak ketahui, tapi tak mengapa, itu biarlah disimpan sendiri. memang semasa kecil, 'unwanted' aku jauhi. TAPI ingatlah.'different color makes a beautiful painting'...begitu juga sahabat, kini dewasa aku semakin mengerti. semua jenis sahabat itu tak perlu dijauhi pun, malahan menambah lagi kemeriahan hidup bila didekati. cuma hanya perlu tahu cara untuk menjadi sahabat sejati mereka. itu yang aku cuba praktikan sekarang. tak perlulah punya puak2 segala, kira abassiah dah tu. tapi kalau tak bersedia, tak mengapalah.

semua jenis2 sahabat diatas mengikut pengalaman aku. tiada niat dihati mahu memerli atau menganjing sama sekali. sekadar perkongsian dan pandangan semata2. tiada juga terlibat dengan sesiapa saja, secara langsung atau tidak yek.

P.S~namun begitu, pilihlah sahabat yang baik yek, *jenis troublemaker* disarankan avoid. xoxoxo
                                                           
                                                            

Wednesday, 10 April 2013

beautiful?? ugly??

hey girls, dilema??

cantik bila hidung mancung, cantik bila pipi tembam, cantik bila kulit halus, cantik bila badan kurus, cantik bila mata bak badam, cantik jugalah bila bibir merah bak delima.

bertuah lah siapa yang punya semua ini, bukan cemburu tapi bersyukur kamu indah dimata manusia, menyenangkan mata yang memandang.

memang bohonglah tak pernah cemburu, memang bohonglah tak pernah mengharap, memang bohong jugalah tak pernah rendah diri. yes girls, kamu musti pernah kan??

cemburu punya pasal bermusuhan, cemburu punya pasal plastic surgery, cemburu punya pasal make up tebal seinci.

haih, kalau benar definisi cantik sebegini rupa, semua manusia tidak sempurna, hodoh lah kami semua kalau begitu.

memang selalu kata, kecantikan tak bermakna di mata manusia, lama2 tua, kerepot lah jadinya, kedut sana kedut sini. tapi mengapa tak diamalkan di hati.

definisi kecantikan ala manusia tak boleh dipakai guna, cuma mengikut kehendak nafsu semata,

Tuhan dah ciptakan kita sebaik2nya, maka cantiklah kita sebenarnya, Tuhan tidak kejam mencipta walau satu pun manusia hodoh, masing2 dengan kecantikan yang tersendiri.

sebenarnya kebenaran kecantikan adalah begini, cantiklah bibir yang sentiasa berkata baik, cantiklah mata yang memandang kebaikan semata, cantiklah badan yang rajin berkongsi makanan, cantiklah wajah yang penuh kerendahan hati. 

jadi mengapa perlu mengeluh lagi, tabahkan hati jangan sedih lagi, percayalah satu perkara ni, kecantikan di mata manusia hanya sementara tapi kecantikan di mata pencipta berkekalan selamanya.

kecantikan mana yang lebih abadi?? pilihlah sendiri

personality

heiyoo..aku tersangat lah suka membaca ape2 artikel yang berkaitan dengan personality berdasarkan ape2 saje, darah ke, bulan lahir ke ataupun tulisan tangan. plus, aku pun suka membaca horoskop2 bagai ni. well, bukan nak cakap yang aku percaya 100% dengan bende2 ni tapi just untuk dapatkan sebahagian pendapat n review tentang diri aku dari orang yang lebih pakar. nak kenal dengan diri sendiri dengan lebih rapat lagi senang cakap. yelah, kita nak kenal orang lain senang je sebab kita yang melihat dan menilai mereka tapi nak menilai diri sendiri ni agak complicated sikit, entahlah kenapa :3

so, most artikel yang aku bace pasal personality aku ada banyak gak yang betul dan kebanyakan artikel nampaknya mempunyai pendapat yang sama pasal personality diri aku ni. contohnya, ambitious but sometime can hurt someone in order to gain that, honest and trustworthy, easily changing personality, easy going, friendly, leadership and also impatient. hahaha rasanya hampir kesemua artikel aku baca agak betul, memang ada terkena juga dengan perangai aku yang sebenar. walaupun ade juga yang buruk but at least , dari situ aku dah tahu ape kelebihan dan kelemahan aku, with this i can used to enchance and perbaiki diri aku lagi.

ni link tok sape2 yang agak berminat tuk mengenali diri mereka lagi yek v(n_n). selamat membaca

http://www.matrimonialsindia.com/help/birth-date.htm
http://forum.santabanta.com/showthread.htm?150112-Personality-traits-according-to-birth-month
http://www.personalitytype.com/career_quiz?type=1