*different color makes a beautiful painting*
seperti pepatah lama 'rambut sama hitam, tapi hati lain2'.well, sahabat juga datang dalam pakej yang sama.
terus bertahan di sekolah berbeza setiap kali bukannya senang, ia memerlukan pemerhatian dan pemilihan sahabat. dan ya! itu yang aku buat *dulu*.
benar, sahabat ada bermacam jenis dan ini adalah antaranya aku perhati:
jenis bajet hot
memang ada rupa, tapi sayang terlebih rasa. control ayu, control macho setiap masa, sebab perasan semua pandangkan dia saja. jenis ni memang aku tak berkenan, kerana penat nak melayan. haih....
jenis drama queen
drama dan sandiwara tak pernah lekang. pantang tercuit, haih cepatnya 'melatah', biaselah mencari 'perhatian' begitulah jadinya. drama pilihan utama 'pakwe ku dirampas orang' dan 'sakit hatiku dikutuk orang'. ketawa ajelah aku mampu, geli hati melihat telatah mereka v(n_n).
jenis troublemaker
berdasarkan nama sudah pasti difahami, bukan hutang keliling pinggang tapi masalah ler. ponteng sekolah, merokok, bergaduh, namakan saja. entah apa yang dipikirkan mereka. amaran bagai tak ada makna, suka hati apa yang mahu dibuat. asalkan berkenan, tiada yang mustahil. bak kata 'dimana ada kemahuan, disitu ada highway'. jenis ni paling aku takut dekati, berhati2 lah katakan.
jenis ego dan tahu semuanya
ego tinggi bak gunung, terasa diri semuanya tahu. dikata itu salah, dikata ini salah, dia juga yang betul semua. hah, jenis macam ni, letih sungguh memikul ego mereka tu. agak2 mereka tak penat ke. memang sangat dijauhi, namun aku kadang2 pun begitu juga *shuh! rahsia*
jenis nerdy
buku3, belajar3, periksa3. hidup berkisar pasal itu je. cakaplah boringnya hidup, tak meriah hidup, tapi memang betul pun. bukan tak kesah pasal benda lain tapi cuma mengutamakan apa dikatakan utama. kejayaan mahu milik kita, pergorbanan terpaksa dilakukan----> cara hidup. ya, betul tu, nilah aku dahulu kala. bukan nak kata aku bagus tapi aku boring juga jadi jenis ni.
jenis kerohaniah
tak men'specific'kan agama mana2 malahan semua agama. sangat bagus dan senang hati melihatnya. terasa rendah diri bila dekat mereka, amboii! indah nya perlakuan mereka. jenis ni aku tak ada masalah dari dulu, malahan suka lagi mendampingi. ala nak jadi orang baik jugalah v(n_n)
mungkin ada lagi jenis yang aku tak ketahui, tapi tak mengapa, itu biarlah disimpan sendiri. memang semasa kecil, 'unwanted' aku jauhi. TAPI ingatlah.'different color makes a beautiful painting'...begitu juga sahabat, kini dewasa aku semakin mengerti. semua jenis sahabat itu tak perlu dijauhi pun, malahan menambah lagi kemeriahan hidup bila didekati. cuma hanya perlu tahu cara untuk menjadi sahabat sejati mereka. itu yang aku cuba praktikan sekarang. tak perlulah punya puak2 segala, kira abassiah dah tu. tapi kalau tak bersedia, tak mengapalah.
semua jenis2 sahabat diatas mengikut pengalaman aku. tiada niat dihati mahu memerli atau menganjing sama sekali. sekadar perkongsian dan pandangan semata2. tiada juga terlibat dengan sesiapa saja, secara langsung atau tidak yek.
P.S~namun begitu, pilihlah sahabat yang baik yek, *jenis troublemaker* disarankan avoid. xoxoxo
troublemaker-hutang keliling pinggang..bunyi mcm pinjam along sudah..hahah
ReplyDeletehahaha..haiyaa bukan hutang keliling pinggang tapi masalah ler..emm
ReplyDeleteamboihhh hehhh..saja la buat2 tak faham
Deletehehehe..laa yeke..engatkan btul3 xphm hahaha sori
ReplyDelete