Wednesday, 31 July 2013

lipas ubat gembira...



nak dijadikan cerita, aku sedang memotong bawang di kaunter dapur, asyik leka membuat kerja. datang senyap lipas merayap atas kaunter tempat aku bekerja, hampir aku tersentuh lipas tu, apalagi, terlompat, terjerit lah aku, kegelian mula melanda, tak guna punya lipas, tak pernah aku menjerit macam tu rupa, tak sepadan lagi dengan tittle 'miss cool' aku, hilang terus dibuat lipas.

adik aku datang ambil lipas tu, huh baru boleh sambung kerja. sambil buat kerja, teringat lagi pasal hal tu, mesti aku nampak bodoh sangat. takut lipas sampai macam tu sekali, macam jumpa hantu *kutuk diri*. tapi last2 aku ketawa juga, ketawakan kebodohan diri. bila difikirkan balik dah lama juga aku tak ketawakan diri sendiri. :D

sebab

aku dah lupa diri, aku tau bukan aku sendiri tapi ramai lagi. lupa kaki tetap kaki dan tak mungkin jadi tangan kalau sudah takdir terletak bawah sekali. mahu mengejar yang dikatakan kehebatan dan kesempurnaan. kerap kali banding kurang lebih diri, fizikal dan mentaliti, yang kurang diperbaiki, bila tak mampu, renung diri sampai kaki, sedih tak henti-henti, rendah diri, rendah diri.

aku tak mahu ketawakan kebodohan diri, nanti rasa sakit hati sebab terasa banyak kurang ini diri, tak mahu ketawakan diri, tetap mahu setaraf dengan orang dilihat hebat, fizikal dan mentaliti. tapi akhirnya lipas buat aku ketawakan kebodohan diri, buat aku berfikir lagi. tak sakit juga mengaku semua kekurangan diri sendiri, bahkan tenang hati. kini aku paham,


tidak mengapa untuk tidak sempurna..





No comments:

Post a Comment